PELANCONG yang memilih kawasan pulau sebagai destinasi pelancongan ketika berkunjung ke Terengganu, sudah pasti mengetahui kewujudan beberapa pulau, seperti Pulau Perhentian, Redang dan Kapas.Ini kerana destinasi sudah terkenal, malah sebati dengan nama setiap pulau berkenaan sudah tercatat dalam peta industri pelancongan negara ini. Namun, masih ada beberapa pulau di negeri itu yang belum dikenali tetapi diyakini mampu memberi kepuasan kepada pengunjung kerana memiliki keistimewaan setanding dengan nama pulau lain yang lebih popular.Jika menyebut Pulau Rhu umpamanya, orang ramai khasnya pelancong mungkin menganggap ia agak asing kerana tidak tercatat dalam senarai destinasi pelancongan menyebabkan tidak ramai yang mengetahui kedudukan sebenar pulau itu.Pulau Rhu terletak kira-kira 15 batu nautika dari pelabuhan kecil Kuala Besut, di utara Terengganu ialah tempat pelancongan yang baru diteroka dan sedang giat dimajukan bagi melengkapkan lagi pelan pembangunan pelancongan berasaskan keindahan pantai dan pulau di negeri ini.Perjalanan ke situ menggunakan bot laju dari terminal pelancongan di Kuala Besut dengan mengambil masa kira-kira 20 minit dan 30 minit bot biasa yang menyusuri pantai sudah cukup memikat pelancong sambil melihat keindahan pemandangan tanah besar.Pulau Rhu seperti juga kepulauan lain tetap mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik dan mengkagumkan dengan pantai yang putih bersih serta kebiruan air Laut Cina Selatan yang mengasyikkan pengunjung. Malah mereka yang berpeluang berkunjung ke situ akan dapat menikmati permainan dan kegiatan air, seperti menyelam untuk melihat spesies laut, seperti karang, siput, rumpai air, batu karang dan pelbagai jenis ikan.Selain itu, pelbagai aktiviti sukan lasak lain boleh dijalankan olehpelancong, seperti snokeling, menyelam scuba, meredah hutan, berkhemah, memancing dan permainan bola pantai. Dengan keluasan 1.4 hektar, pelancong boleh menjelajah ke persekitaranpulau dengan mengambil masa perjalanan kira-kira satu setengah jam sambil melihat pemandangan indah sekitarnya.Pulau itu yang tidak mempunyai penghuni tetap kini mula dikunjungi manusia apabila Persatuan Nelayan Kawasan (PPK), Kuala Besut berusaha gigih memajukan tempat itu yang kini dikenali sebagai Rhu Hentian Resort (RHR).Pengurusnya, Mohamed Yusof berkata, usaha membangunkan pulau itu sebagai salah satu destinasi pelancongan adalah bagi mempertingkatkan kegiatan ekonomi persatuan, terutama dalam industri pelancongan.Katanya, sebagai permulaan pihaknya membelanjakan RM400,000 yang diperolehi daripada Tabung Pembangunan Ekonomi Persatuan Nelayan (TPEPN) yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment