? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

WeLcOme tO TerEnGgaNu...

You'Re hOme....

Friday, May 28, 2010

SetiU,..... DAerAh pErmai..


Setiu merupakan salah satu daerah di negeri Terengganu. Jumlah penduduk di daerah Setiu ialah seramai 54,883 orang (1998).


SeJarAh..


Setiu adalah nama seorang Pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1870an. Ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka . Antara mereka adalah seorang Pahlawan bernama Tok Setiu. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain dari kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II ia itu Sultan Terengganu yang ke-10 ( 1875 - 1881).
Dengan persetujuan Sultan Ahmad II beliau membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut suatu kawasan. Berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu menerima kekalahan. Memandangkan hal yang demikian Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam mengalami kekalahan.
Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanyan sebagai Ketua di kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai. Semasa pimpinan Tok setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai, adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah.
Selain daripada bertugas sebagai Ketua kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat dimana ramai penduduknya yang belajar daripadanya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat.Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap tahun.
Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok getah dan semak samun. Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupanya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkannya.Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk kampung menamakan tempat itu sebagai SETIU hingga sekarang menjadi sebuah Daerah.
Setiu merupakan sebuah Daerah Bongsu daripada tujuh Daerah didalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU) pada 1 Januari 1985. Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar (1,359.90 km²). Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu Mukim Pantai (8,499.40 hektar), Mukim Guntung (16,348.50 hektar) Mukim Tasek ( 5,827.10 hektar), Mukim Hulu Setiu (23,292.90 hektar) Mukim Calok (20,589.60 hektar), Mukim Merang (6,825.00 hektar) dan Mukim Hulu Nerus (54,523.30 hektar).

PuLau Rhu



PELANCONG yang memilih kawasan pulau sebagai destinasi pelancongan ketika berkunjung ke Terengganu, sudah pasti mengetahui kewujudan beberapa pulau, seperti Pulau Perhentian, Redang dan Kapas.Ini kerana destinasi sudah terkenal, malah sebati dengan nama setiap pulau berkenaan sudah tercatat dalam peta industri pelancongan negara ini. Namun, masih ada beberapa pulau di negeri itu yang belum dikenali tetapi diyakini mampu memberi kepuasan kepada pengunjung kerana memiliki keistimewaan setanding dengan nama pulau lain yang lebih popular.Jika menyebut Pulau Rhu umpamanya, orang ramai khasnya pelancong mungkin menganggap ia agak asing kerana tidak tercatat dalam senarai destinasi pelancongan menyebabkan tidak ramai yang mengetahui kedudukan sebenar pulau itu.Pulau Rhu terletak kira-kira 15 batu nautika dari pelabuhan kecil Kuala Besut, di utara Terengganu ialah tempat pelancongan yang baru diteroka dan sedang giat dimajukan bagi melengkapkan lagi pelan pembangunan pelancongan berasaskan keindahan pantai dan pulau di negeri ini.Perjalanan ke situ menggunakan bot laju dari terminal pelancongan di Kuala Besut dengan mengambil masa kira-kira 20 minit dan 30 minit bot biasa yang menyusuri pantai sudah cukup memikat pelancong sambil melihat keindahan pemandangan tanah besar.Pulau Rhu seperti juga kepulauan lain tetap mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik dan mengkagumkan dengan pantai yang putih bersih serta kebiruan air Laut Cina Selatan yang mengasyikkan pengunjung. Malah mereka yang berpeluang berkunjung ke situ akan dapat menikmati permainan dan kegiatan air, seperti menyelam untuk melihat spesies laut, seperti karang, siput, rumpai air, batu karang dan pelbagai jenis ikan.Selain itu, pelbagai aktiviti sukan lasak lain boleh dijalankan olehpelancong, seperti snokeling, menyelam scuba, meredah hutan, berkhemah, memancing dan permainan bola pantai. Dengan keluasan 1.4 hektar, pelancong boleh menjelajah ke persekitaranpulau dengan mengambil masa perjalanan kira-kira satu setengah jam sambil melihat pemandangan indah sekitarnya.Pulau itu yang tidak mempunyai penghuni tetap kini mula dikunjungi manusia apabila Persatuan Nelayan Kawasan (PPK), Kuala Besut berusaha gigih memajukan tempat itu yang kini dikenali sebagai Rhu Hentian Resort (RHR).Pengurusnya, Mohamed Yusof berkata, usaha membangunkan pulau itu sebagai salah satu destinasi pelancongan adalah bagi mempertingkatkan kegiatan ekonomi persatuan, terutama dalam industri pelancongan.Katanya, sebagai permulaan pihaknya membelanjakan RM400,000 yang diperolehi daripada Tabung Pembangunan Ekonomi Persatuan Nelayan (TPEPN) yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Wednesday, May 26, 2010

puLau-PuLau mELaLui dAerAh BesUt,..

Pulau Perhentian..

Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18, dipercayai oleh Batin Mina dan keluarganya. Ia terletak sekitar 10 batu nautikal (19 km) dari pantai dalam negeri
Terengganu, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand.
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari
China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran.




Secara amnya,pulau Perhentian ini di bahagian kepada dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil,.Pulau Perhentian merupakan hak milik sepenuhnya
Pulau Redang National Marine Park,yang jelasnya memberi gambaran bahawa setiap aktiviti memancing,mengutip cengkerang laut dan membuang sampah merata-rata adalah dilarang dengan keras dan tindakan melanggar larangan berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.




Kedua-dua buah pulau ini dikelilingi oleh air laut yang jernih,pasir pantai yang memutih,jujukan batu karang yang indah dan unik,penyu laut,obor-obor,ikan-ikan yang menetap di balik batu karang dan ikan-ikan jerung kecil yang pastinya menjanjikan satu panorama yang menakjubkan.







Menyelam di Perairan Pulau Perhentian

Scuba diving merupakan salah satu daripada aktiviti yang paling utama di Pulau Perhentian. Oleh kerana aktiviti ini begitu popular di kalangan pelancong, anda akan mendapati banyak tempat-tempat menyelam yang menawarkan pakej harga yang amat berpatutan sekali. Tempat-tempat tersebut begitu popular kerana anda boleh menyelam pada paras yang dalam dari permukaan laut dan juga airnya yang jernih berkristal membuatkan para penyelam boleh melihat dengan begitu jelas pemandangan sewaktu berada di dalam air. Sungguh mengujakan!
Anda juga berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi pelbagai hidupan-hidupan marin termasuk penyu, spesies-spesies jerung dan juga obor-obor. Antara yang menjadi tarikan utama penyelam ialah terumbu karang, walaubagaimanapun anda haruslah berhati-hati sewaktu mendekatinya agar tidak merosakkan hidupan ekosistem yang amat mudah rapuh ini.Selain daripada hidupan marin dan terumbu karang, anda juga boleh menerokai Sugar Wreck, iaitu sebuah bangkai kapal besar - suatu ketika dahulu kapal tersebut membawa gula - dan juga The Temple of the Sea iaitu sesuatu yang berbentuk seakan-akan mercu tanda yang muncul dari dasar laut. Anda juga mempunyai pilihan lain iaitu melawat Pulau Redang ataupun Pulau Lang Tengah yang berdekatan - yang mana terdapat lebih banyak lagi hotspot tempat-tempat untuk menyelam.
Jika anda tidak ingin melakukan aktiviti scuba diving, anda juga boleh mencuba aktiviti snorkeling di Perhentian Besar (pulau yang terbesar diantara dua pulau tersebut). Terdapat beberapa tempat yang menarik dan bagus untuk aktiviti snorkeling seperti Teluk Pauh, Shark Point dan Tanjung Besi. Bagi yang meminati aktiviti berkayak , ianya boleh didapati di beberapa resort di pulau-pulau tersebut.


Aktiviti di Darat

Jika anda tidak ingin menerokai dasar laut atau bersantai di tepi pantai yang indah di Pulau Perhentian, anda mempunyai pilihan lain - iaitu aktiviti menjelajah ke dalam hutan yang terdapat pulau-pulau tersebut. Kedua-dua pulau tersebut diliputi oleh kawasan hutan dara yang mempunyai banyak haluan yang digunakan sebagai jalan pintas untuk pergi ke pantai yang lain. Pengalaman yang anda lalui pastinya amatlah berbaloi dengan penat lelah yang anda curahkan - anda boleh melihat berbagai-bagai jenis serangga, tumbuhan dan sebagainya. Anda juga boleh melihat dengan lebih dekat lagi beberapa jenis haiwan yang terdapat di pulau tersebut termasuklah biawak, monyet, kelawar dan beberapa labah-labah gergasi yang mungkin tidak sesuai untuk dilihat bagi mereka yang lemah semangat!
Anda juga berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai selok belok kehidupan penyu yang terdapat di pulau tersebut. Ini kerana, Pulau Perhentian merupakan antara pulau penyu-penyu datang mendarat untuk bertelur. Salah satu pantai di sini telah dilindungi untuk tujuan penyu-penyu ini bertelur dan juga dijadikan sebagai pusat pembelajaran untuk para pelancong yang meliputi pelbagai umur

BESUT dan SEJARAHNYA..



Besut merupakan daerah yang terletak di utara negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur. Pantainya bertanah beris dan menghadap pulau yang terkenal seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, dan Pulau Redang. Ibu daerah Besut ialah Jerteh. Penduduk Besut bertutur dalam bahasa Melayu yang hampir menyerupai loghat Kelantan walaupun pada hakikatnya Besut mempunyai bahasa mereka yang tersendiri.


Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.
Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut.
Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam . Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.
Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang Pangan. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama Besut jadi dipercayai nama Besut adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.
Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke
Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.
Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari
Pattani ( Selatan Siam ) telah datang ke Besut dengan diketuai oleh seorang yang bernama Cik Latif. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari Sumatera dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan segantang mata kail dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan di tebing sungai Besut yang diberi nama Palembang mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan pusat pentakbiran yang pertama di Besut sebelum Kampung Raja.
Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama Cik Kamat. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak
lanun yang bermaharajalela di pulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran Pelayaran Abdullah ke Kelantan, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh Panglima Ebeh dan Panglima Garang.
Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, Cik Kamat tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari
Terengganu. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu Sultan Mansur 1, yang dikenali sebagai Marhum Berjanggut. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur I telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.
Tengku Kadir dan tentera di bawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke
Pulau Perhentian.
Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai Orang Besar Besut serta mendapat hak di atas Pulau Rhu.

MorE aBoUt TerenGgaNu..



Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di Negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai, Kuala Besut, Rantau Abang dan Kuala Dungun.
Setiap daripada daerah-daerah ini mengandungi pelbagai elemen semulajadi yang mampu memukau mata setiap insan yang berkunjung dan pastinya menjadi satu daya tarikan yang tidak pernah gagal untuk memikat hati pelancong-pelancong sama ada dari dalam ataupun luar negara kita sendiri,.

Monday, May 24, 2010

IdENtiti TerEngGanU..


Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

bendera dan jata negari ini sangat penting kepada asas penubuhan negeri terengganu selain daripada sistem pemerintahan raja berpelembagaan negara kerana ia melambangkan kedaulatan dan kemakmuran sesebuah negeri itu sendiri,..
ia merupakan suatu identiti yang sangat penting dan mampu memberikan impak yang sangat besar terhadap penduduk sesuatu kawasan itu sendiri..
oleh itu,wajarlah anak negeri Terengganu tidak pernah lekang daripada perasaan bangga dan kasih terhadap negeri mereka yang berdaulat ini..

LaGu TereNGgaNu...

Lagu kebesaran Negeri atau Lagu Selamat Sultan yang digunakan hingga masa kini digubah dalam tahun 1927 , semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Penggubahnya ialah Cikgu Mohd Hashim bin Abu Bakar, peranakan Singapura yang semasa itu menjadi seorang guru di Sekolah Melayu Paya Bunga Kuala Terengganu. Beliau juga seorang guru Pancaragam Pasukan Pengakap Sultan Sulaiman.

Lagu ini telah disusun oleh beliau bagi menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Setelah gubahan lagu itu siap, ia telah dipersembahkan dan diperdengarkan kepada Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan.
Baginda telah mengapuni berkenan menerima lagi itu dan ia dijadikan ‘ Lagu Selamat Sultan ’. Susunan senikata lagu asal adalah seperti berikut :

Allah peliharakan Raja kami
Sultan Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera dua laki isteri

Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri

Susunan senikata asal telah disusun dan digubah semula oleh Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu selepas pemerintahan Jepun dan kekal sehingga 9 Mac 1990. Senikata lagu yang telah digubah semula adalah seperti berikut ;

Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera suami isteri

Allah perliharakan Raja kami
Sentosa rakyat negeri

Pada tahun 1989, Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Hj. Mohd Salleh bin Hj. Awang ) telah mencadangkan supaya senikata lagu " Selamat Sultan " diubahsuai. Sehubungan dengan itu, Pentadbiran Negeri telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa seramai 8 orang yang diketuai oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Terengganu ( Y.B. Setia Wangsa ) bagi mengkaji semula senikata lagu ‘ Selamat Sultan ’. Sebahagian senikatanya didapati kurang sesuai dengan keadaan sekarang dan tidak pula mengikuti bahasa Istana. Jawatankuasa ini telah membuat beberapa pindaan ke atas senikata lama lagu tersebut.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mengampuni berkenan dengan pindaan senikata lagu Selamat Sultan sepertimana berikut

Selamat Sultan

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman

There was an error in this gadget