Pulau Perhentian..
Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18, dipercayai oleh Batin Mina dan keluarganya. Ia terletak sekitar 10 batu nautikal (19 km) dari pantai dalam negeri Terengganu, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand.
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran.
Secara amnya,pulau Perhentian ini di bahagian kepada dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil,.Pulau Perhentian merupakan hak milik sepenuhnya Pulau Redang National Marine Park,yang jelasnya memberi gambaran bahawa setiap aktiviti memancing,mengutip cengkerang laut dan membuang sampah merata-rata adalah dilarang dengan keras dan tindakan melanggar larangan berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Kedua-dua buah pulau ini dikelilingi oleh air laut yang jernih,pasir pantai yang memutih,jujukan batu karang yang indah dan unik,penyu laut,obor-obor,ikan-ikan yang menetap di balik batu karang dan ikan-ikan jerung kecil yang pastinya menjanjikan satu panorama yang menakjubkan.
Menyelam di Perairan Pulau Perhentian
Scuba diving merupakan salah satu daripada aktiviti yang paling utama di Pulau Perhentian. Oleh kerana aktiviti ini begitu popular di kalangan pelancong, anda akan mendapati banyak tempat-tempat menyelam yang menawarkan pakej harga yang amat berpatutan sekali. Tempat-tempat tersebut begitu popular kerana anda boleh menyelam pada paras yang dalam dari permukaan laut dan juga airnya yang jernih berkristal membuatkan para penyelam boleh melihat dengan begitu jelas pemandangan sewaktu berada di dalam air. Sungguh mengujakan!
Anda juga berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi pelbagai hidupan-hidupan marin termasuk penyu, spesies-spesies jerung dan juga obor-obor. Antara yang menjadi tarikan utama penyelam ialah terumbu karang, walaubagaimanapun anda haruslah berhati-hati sewaktu mendekatinya agar tidak merosakkan hidupan ekosistem yang amat mudah rapuh ini.Selain daripada hidupan marin dan terumbu karang, anda juga boleh menerokai Sugar Wreck, iaitu sebuah bangkai kapal besar - suatu ketika dahulu kapal tersebut membawa gula - dan juga The Temple of the Sea iaitu sesuatu yang berbentuk seakan-akan mercu tanda yang muncul dari dasar laut. Anda juga mempunyai pilihan lain iaitu melawat Pulau Redang ataupun Pulau Lang Tengah yang berdekatan - yang mana terdapat lebih banyak lagi hotspot tempat-tempat untuk menyelam.
Jika anda tidak ingin melakukan aktiviti scuba diving, anda juga boleh mencuba aktiviti snorkeling di Perhentian Besar (pulau yang terbesar diantara dua pulau tersebut). Terdapat beberapa tempat yang menarik dan bagus untuk aktiviti snorkeling seperti Teluk Pauh, Shark Point dan Tanjung Besi. Bagi yang meminati aktiviti berkayak , ianya boleh didapati di beberapa resort di pulau-pulau tersebut.
Aktiviti di Darat
Jika anda tidak ingin menerokai dasar laut atau bersantai di tepi pantai yang indah di Pulau Perhentian, anda mempunyai pilihan lain - iaitu aktiviti menjelajah ke dalam hutan yang terdapat pulau-pulau tersebut. Kedua-dua pulau tersebut diliputi oleh kawasan hutan dara yang mempunyai banyak haluan yang digunakan sebagai jalan pintas untuk pergi ke pantai yang lain. Pengalaman yang anda lalui pastinya amatlah berbaloi dengan penat lelah yang anda curahkan - anda boleh melihat berbagai-bagai jenis serangga, tumbuhan dan sebagainya. Anda juga boleh melihat dengan lebih dekat lagi beberapa jenis haiwan yang terdapat di pulau tersebut termasuklah biawak, monyet, kelawar dan beberapa labah-labah gergasi yang mungkin tidak sesuai untuk dilihat bagi mereka yang lemah semangat!
Anda juga berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai selok belok kehidupan penyu yang terdapat di pulau tersebut. Ini kerana, Pulau Perhentian merupakan antara pulau penyu-penyu datang mendarat untuk bertelur. Salah satu pantai di sini telah dilindungi untuk tujuan penyu-penyu ini bertelur dan juga dijadikan sebagai pusat pembelajaran untuk para pelancong yang meliputi pelbagai umur
Wednesday, May 26, 2010
puLau-PuLau mELaLui dAerAh BesUt,..
Posted by TerenGgANu,iMpiAnku... at 1:26 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment