? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

WeLcOme tO TerEnGgaNu...

You'Re hOme....

Monday, May 24, 2010

LaGu TereNGgaNu...

Lagu kebesaran Negeri atau Lagu Selamat Sultan yang digunakan hingga masa kini digubah dalam tahun 1927 , semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Penggubahnya ialah Cikgu Mohd Hashim bin Abu Bakar, peranakan Singapura yang semasa itu menjadi seorang guru di Sekolah Melayu Paya Bunga Kuala Terengganu. Beliau juga seorang guru Pancaragam Pasukan Pengakap Sultan Sulaiman.

Lagu ini telah disusun oleh beliau bagi menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Setelah gubahan lagu itu siap, ia telah dipersembahkan dan diperdengarkan kepada Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan.
Baginda telah mengapuni berkenan menerima lagi itu dan ia dijadikan ‘ Lagu Selamat Sultan ’. Susunan senikata lagu asal adalah seperti berikut :

Allah peliharakan Raja kami
Sultan Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera dua laki isteri

Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri

Susunan senikata asal telah disusun dan digubah semula oleh Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu selepas pemerintahan Jepun dan kekal sehingga 9 Mac 1990. Senikata lagu yang telah digubah semula adalah seperti berikut ;

Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri
Allah peliharakan Raja kami
Sejahtera suami isteri

Allah perliharakan Raja kami
Sentosa rakyat negeri

Pada tahun 1989, Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Hj. Mohd Salleh bin Hj. Awang ) telah mencadangkan supaya senikata lagu " Selamat Sultan " diubahsuai. Sehubungan dengan itu, Pentadbiran Negeri telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa seramai 8 orang yang diketuai oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Terengganu ( Y.B. Setia Wangsa ) bagi mengkaji semula senikata lagu ‘ Selamat Sultan ’. Sebahagian senikatanya didapati kurang sesuai dengan keadaan sekarang dan tidak pula mengikuti bahasa Istana. Jawatankuasa ini telah membuat beberapa pindaan ke atas senikata lama lagu tersebut.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mengampuni berkenan dengan pindaan senikata lagu Selamat Sultan sepertimana berikut

Selamat Sultan

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman

0 comments: